nukilan hati

Sep 30, 2011

ledakan rasa hati #3

hari ini aku masih bertarung
bertarung mengelakkan apa yang mungkin berlaku
bukan ku membenci
tapi mengajar diri ini
erti memahami situasi

ku berterima kasih
tatkala aku memerlukan itu dan ini
kalian tetap bersama
kerenah pelbagai entah mengapa
mengadanya bagaikan anak comel 
yang baru kenal erti dunia

bukanku lemah tak terdaya
aku masih mampu berdiri
berdiri megah mencapai bintang


Sep 29, 2011

o.0' #2

You can't expect to find
The right someone 
until
You know who you are,
What matters to you,
and
what makes your heart happy

Sep 28, 2011

ledakan rasa hati #2

situasi menjadi lebih rumit
bila diri ini tahu keadaannya
melayani kerenah entah siapa
aku tahu tak mungkin dia begitu
sayangnya padaku tak ada tandingan
cuma keadaan memisah segala
keadaan menjadi sukar ditangani

jarak menjadi alasan
elak hati lebih parah di guris
elak rasa pedih hati ini

mana tidaknya aku yakin padanya
kalau pisahnya tiada sengketa
hanya kata-kata penguat hati

aku sukar percaya itu
tapi kali ini 
aku rasa ini jalannya
menerima kata-kata itu 
supaya aku kuat melayari hari

eh??
macam tak pernah hidup tanpa dia
tak payah nak sakit sangat la kannn


+ AKUMASIHMAMPUTERSENYUM+

ledakan rasa hati

magis yang ku rasa
ringan ku lalui
hari ini datangnya bahagia
mungkin benar
melepaskan lebih baik dari
membekukan hati, tak terima situasi sebenar

ku faham apa yang kalian fikirkan

bagi yang rapat dengan ku
situasi yang berlaku adalah normal
kembali dengan situasi sebelumnya
awalnya konflik, akhirnya bahagia

bagi yang tak pernah kenal aku siapa
situasi menjadi tanda tanya
apa sebenarnya yang berlaku
atau mungkin tak pernah ambil pusing pun kan
=) entah apa yang terbeban
keluarkan dengan ayat berbelit
terangkan tak sampai tahap

aku hanya boleh tersenyum
kerana bagiku
hanya yang memahami mampu merungkai semua ini
aku ingin luahkan dalam cara ini

aku tak tahu apa yang akan berlaku
aku bukan ahli nujum hebat menilik hari esok
cuma ku ingin katakan di sini
aku tekad mencuba
melepaskan dengan senyuman
ya, aku takut untuk mengaku
aku boleh melupakan hari itu
tapi tabahnya hati hari ini
membuatkan aku ingin terus berjuang
terbang jauh seperti helang

sebelum ini aku tak kotakan semua itu
kali ini ku tekad habis-habisan
bantu aku terima segala apa yang tertulis

+ berikankuruangdanpeluang +

Resah meniti situasi


.aku hanya menulis ikut kata hati.
.menaip menarikan jari 
sepantas yang aku mampu.
.melahirkan apa yang berlari di minda.

.tak pernah aku terfikir untuk ber'karya' seperti ini.
.mungkin ini yang termampu untuk aku lakukan.
.meluahkan segala yang ingin di kongsi.
.memori indah yang tak akan kembali.
.walau duka yang ku terima.
.ku tak pernah berkira.
.kerana semua yang berlaku ada hikmahnya.

.kita pun tak tahu.
.cuma aku pasti.
.kita sentiasa belajar dari apa yang berlaku.
.walau kita tak pernah sedar semua itu.

.semakin dewasa.
.semakin matang.
.semakin kuat.
.semakin tabah.
.semakin cekal.
.meniti hari mendatang.
.hanya berbekalkan pengalaman semalam.

.aku insan biasa .
.punya hati dan perasaan.
.cuma degil yang berlebihan .
.membuatkan aku resah meniti hari.

.aku mampu berfikir.
.tapi setelah melakukan itu dan ini.
.entah kenapa diri ini.
.tidak suka berfikir sebelum bertindak.
.pedih rasa hati bila tersalah langkah.
.pasti lah kannn.
.semua orang pun begitu.

.maafkan aku jikalau ada yang terguris.
.maafkan aku jikalau ada yang terasa.
.mungkin dengan kelakuan.
.mungkin juga dengan kata-kataku.
.dan mungkin dengan bahasa tubuh badan.
.kadang kala aku tak pernah terfikir.
.untuk memberi respond yang sebegitu.
.TAPI itulah aku.

+ AKUADALAH A K U +

Sep 27, 2011

bila hati membeku #fullstop

mungkin ini yang terbaek
tatkala aku cuba cekal
senyum tak henti
kau berikan jawapan 
yang aku tak kan terima
~ kenapa ini pengakhirannya ~

aku pasrah kali ini
apakan daya bila 
bertepuk sebelah tangan

ku tahu dan terus yakin
tak kira apa kata orang
aku lebih kenal kau
sayang kau pada aku tak pernah hilang
sayang kau pada aku tak pernah berubah
kan??

tapi ini cara kau untuk aku
tidak lagi sakit seperti sebelum ini
supaya aku gembira 
meniti hari mendatang

aku redha situasi ini

+ BANTU AKU CEKALKAN HATI +
+ BANTU AKU UNTUK TAK AKAN TERIMA KAU LAGI +

AKU TAK INGIN EPISOD INI DATANG LAGI

terima kasih,cinta

bila hati membeku #6

mendalami perjalanan diri ini
pergi terbang mengejar sesuatu yang tak perlu
tak pernah rasa penat
cuma kecewa selalu bertandang
bukan tak mahu pergi
tapi hati ini terlalu setia
kenapa sayang itu lebih
kenapa resah itu wujud
aku hanya mahukan dia
bersama mencapai indahnya cinta

tolong,tolong,tolong
hentikan aku berfikir lebih maju
sini kata perlu
sana kata tidak
sini yaken dengan dia
sana tak kenal hakikat dirinya

aku tahu, aku lebih kenal dia
perasaan ini lebih dekat dengan nya
ya, aku degil
sangat dan lebih dari perkataan DEGIL itu
kerana aku tahu
dia hanya untuk ku

situasi tak melambangkan apa yang di rasa
hanya diri memahami 
kerana apa yang disampaikan
tak semestinya sama dengan apa yang diterima

+ JIWA KOSONG MELAYARI HARI +

bila hati membeku #5

mencuba dan terus mencuba
berani mengatakan itu ini
tapi bahagia itu hanya sekejap
entah knapa aku rasa perasaan ini cemburu
tatkala aku mencuba untuk menjadi seperti biasa
saket yang aku dapat
kembali pedih rasa hati

oh, hati...
tolong jangan terlalu sensitif
diri ini tak se'perfect' mana pun
so, jangan nak demand sangat orang nak layan lebih
sudah mencukupi dia ingin mencuba 
untuk memperbaiki keadaan

+ JANGAN T.E.R.L.A.L.U MENGHARAP +

Sep 25, 2011

bila hati membeku #4

tatkala dia melarikan diri
aku cuba terbang mencapai awan yang tinggi
tak kira apa yang berlaku
hanya ku mahu
penerangan dari itu

wahai hati yang murni
tolong jangan penuhkan dengan perasaan hasad dengki
aku tak mahu itu berlaku
itu hanya membuatkan hidup ini
diselubungi warna-warna gelap

wahai fikiran yang bijak mendominasi situasi
tolong jangan isikan dengan sesuatu yang tak munasabah
aku ingin elak itu semua
itu hanya membuatkan hati penuh sesak
berdegup kencang entah marah itu wujud mungkin
jangan,jangan,jangan
aku tak mahu fikir benda yang tak perlu
hanya membuatkan aku sakit
S A K I T

+ K U A T K A N AKU +

Sep 24, 2011

bila hati membeku #3

hope maseh ada jalan
untuk situasi ini
berikan aku jalan yang tepat

aku hanya rindu saat itu
S A A T itu..

tolong kembalikan saat itu

+ R I N D U.SENTIASA.ADA.DENGANKU +

bila hati membeku #2

rimas rasa hati
resah segala situasi
ouh...someone!
plisssss memahami diri ini
kalau ikut kata, 
mawu saja dijerit
mawu saja meraung-raung

tolong aku keluar dari situasi ini
kepala penuh sesak
hati dipukul pelbagai rasa
entah kenapa,aku tak faham semua ini

+ C O M F O R T ME PLEASE +

bila hati membeku

just i need is you!!
why???
 kenapa sedikit pun kau tak boleh cuba selami itu?
hanya sedikit yang ku pinta..
sekelumit perhatian..
P.E.R.H.A.T.I.A.N



+ AKU T E R S I K S A +

Sep 22, 2011

o.0'


Girl: ok I have a question for you

Boy: Alright ask me..

Girl: What do you see when you look in my eyes?

Boy: You honestly wanna know?

Girl: Yeah..

Boy: My future

Sep 21, 2011

wordless wednesday #2




----------------------------------------


gambar hiasan tader kene mengena(!)
nak tunjuk muka gumbira kelas cancel pagi tadi.. o.0

Sep 17, 2011

bilikku rumahku (!)

berjalan meniti hari mendatang
bilik tempat pertama dan terakhir sebelum
menutup mata merehatkan minda
.......
dan setelah di fikirkan,
bersama roomate baru haku nih..
tetibe semangat lebih nak tunggang tebalekkan bilik
...............


step pertama >>


tunggang tebalekkan segala 'perabot' yang ada kat dalam bilik
susun sampai luka dinding bilik
tolak almari sampai pecah lantai
eh????tak!! tak mungkin sampai macam tu
cuma ubah 'perabot'2 tuh sampai puas hati dengan kedudukannya
da rasa luas dengan keadaan bilik


step kedua >>


lekat ap yang patut sampai...

ini bahagia haku

ini bahagian roomate baru haku

lekat ikut sedap tangan mana nak campak sticker2 tuh ^^



dan




SELESAI(!)




psssss... da macam bilik tadika bilik kitorang..comel kan!! hehe

Sep 14, 2011

perjalanan baru


hampir seminggu di UTM(!)
sana sini bejalan
masuk keluar kelas
turun naek tangga
^^

perjalanan baru perlu dilalui
hidup sebagai senior(ah,bajet macam kenal dgn junior!wek!!)
tahun 2 di sini
hope lebih baek dari yang sebelumnya..
hope hope hope H O P E ~

Sep 8, 2011

virus apa yang melanda nih?




hari nih kena virus yang erk??
aku tak tawu
tapi aku kelebet gambar-gambar pre wedding 
haha(!)
so sweet n cute..
wulalaaaa

ps : suke yg tema kembali ke sekolah! itusangatcomel

catatan buat S E S E O R A N G . .


setiap saat bersamamu adalah begitu bermakna !



------------------------------

sekali lalu meninggalkan iklan seringkas termampu ^^

hayati setiap saat bersama ya kawan-kawan
kerana segala yang berlaku
TAK AKAN pernah berulang

will always   L O V E Y O U ( ! )

Sep 5, 2011

design rumah harapanKU!

tiba-tiba terfikir
tentang rumah yang aku nak
ups!!
berangan kuat si tenten nih..
heeeee
jummmm.... nengok
^^

ruang tamu??

nak yang macam happening lah kannn
mesra tetamu la katakan.. teheee

tapi kalau yang macam ni pun ok
kemas..selesa..tenang fikiran kan!

nak jugak satu sudut yang macam ni --^


dapur??

aw! sangat simple!

ni pun ok jugak!

master bedroom??

^^

bathroom??

comel kan! hehe

tak pun, yang macam ni

simple sangat2!

done!

eh??
knapa macam sume pun merah??
MERAH???

heee...
saya suka!!
awak suka?? bagus...
awak tak suka??? kita ada pendapat masing-masing
tak sume serupa kan!!
tapi kita tetap kawan!! ^^

thx for view!

riang ria raya

saya suka seni ini
* guna kan torch light dan dslr! sgt awesome!?*

raya datang lagi
setelah ramadhan pergi meninggalkan kita
sedih tatkala hati sedang bergumbira
menikmati diet terhebat
namun
pernah kita selami dalam-dalam
apa erti diet sebenar yang kita alami ini
renung-renungkan lah

kali ini
hanya ku ingin berkongsi
sedutan-sedutan juga
detik-detik sebahagian keluarga besarku
menikmati keindahan raya merdeka kali ini
^^

di pagi raya nan indah
setelah selesai solat sunat raya
tempat pertama yang di tuju -->



.........
berkumpul beramai-ramai 
adat setiap kali berada di sini

 bermaaf-maafan




menikmati juadah di pagi raya


mengingati orang jauh d sudut hati
entah bagaimana si dia di sana ya


memahat memori kenangan bersama di rumah usang kediaman bersama satu ketika dulu





bersaudara sepanjang hayat! gembira bertemu walaupun tidak cukup forum


ayah dan adik memahat memori bersama

tension d snap selalu? tak mungkin kot! hanya mencuba posing baru?

yang tidak artispun mampu bertukar status! oh.no!!!!

menikmati juadah bersama.mungkin tiada pada hari biasa

memaparkan wajah ceria tatkala bersama

sehingga letih tak terkata, sempat juga melelapkan mata walau sekadar sesaat


sekali lagi memahat memori!




berkongsi cerita bersama

'dah cukup ke?? belum??'

itu sahaja untuk post dari saya kali ini*walaupun masih banyak gambar*
mawu lagi??

sini kita terjah adek tenten punya blog!

jumterjah jugak cousin tenten punya blog!

^^
thx for view!!




♛ copyright ✿ FATIN FARAHIN ✿ tenten ◕‿◕ ♛