nukilan hati

Dec 31, 2011

cikgu yang hebat

tahun baru datang lagi
sekolah meriah kembali

sana sini berlari anak kecil
mencari teman yang hilang bercuti
indahnya saat itu
bila cuba kita imbau
berbaju putih, 
berkain biru gelap bersama tudung litup putih
aku rindu...aku tak keruan
kenangan takkan pernah datang lagi

kereta megah meluncur laju
bukti hadirnya pendidik hebat
bukan bongkak yang ditunjukkan
cuma hanya mahu disegani

mereka bukan calang-calang
setiap tugas mereka lakukan
bukti apa ada?
tak perlu itu semua 
hanya selami apa yang berlaku
masih kelam dalam berfikir?
mahu tawu apa sebenarnya
mari imbau sedikit demi sedikit

bila pertandingan bola, 
cikgu jadi REFEREE

bila budak bertanding cara apa sekalipun, 
cikgu jadi JURULATIH

bila kutip yuran,
 cikgu jadi AKAUNTAN

bila waktu RMT, 
cikgu jadi PELAYAN

bila budak sakit, 
cikgu jadi DOKTOR

bila sesi ceramah,
 cikgu jadi MOTIVATOR

bila hias kelas, 
cikgu jadi PELUKIS

bila persembahan hari guru, 
cikgu jadi KOMPOSER

bila kerusi rosak, 
cikgu jadi TUKANG KAYU

bila budak muntah dalam kelas,
 cikgu jadi TUKANG CUCI

bila budak mencuri, 
cikgu jadi DETEKTIF

bila budak buat persembahan, 
cikgu jadi PHOTOGRAPHER

bila aktiviti perkhemahan, 
cikgu jadi TENTERA

bila hari kantin, 
cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM

bila hari guru, 
cikgu jadi PENYANYI

bila gotong royong di sekolah, 
cikgu jadi TUKANG KEBUN

bila waktu solat, 
cikgu jadi TOK IMAM

bila parent ambil lambat, 
cikgu jadi BABY SITTER

bila budak bergaduh, 
cikgu jadi HAKIM MAHKAMAH

bila budak sakit kecemasan, 
cikgu jadi PEMANDU AMBULANS

bila aktiviti merentas desa,
 cikgu jadi POLIS TRAFIK

bila budak sedih, 
cikgu jadi PELAWAK

ah, apa lagi yang perlu?
hanya kejayaan, yang menggembirakan mereka
*tiba2 emosi tak semena*

kesimpulan entry tak kesampaian ni nk ucap
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH~
*sign out cepat2, tak tawu motif menaip T.T*


nota kaki comel
  terima kasih sebab baca sampai habis 

Dec 30, 2011

never let her go~

when a girl WALKS FOR A MILES to see u
when a girl SAYS SORRY even though she DIDN'T DO ANYTHING
when a girl CRIES because she STILL LOVES/ MISSES U
when a girl still TRIES TO GET U BACK
when a girl no matter how much U HURT HER STILL LOVES U
when a girl STOPS HER ARGUMENT with her guy to SAFE her RELATIONSHIP
when a girl continuously MAKES U FEEL SPECIAL and TRIES TO MAKE U HAPPY
when a girl is upset but DOES NOT tell u as she thinks she is ANNOYING U
when a girl want to LEAVE U bcoz of ur RUDE BEHAVIOUR but she is not able to do

DO NOT LET HER GO
bcoz U MAY NEVER FIND SOMEONE LIKE THAT EVER AGAIN

eh, aku plak yg interfrem~ *abaikanlah.bajet2 tu bukan aku la ye* 

♥SHE MAY BE VERY SPECIAL GIFT THAT GOD GIVE FOR U





Dec 20, 2011

punya perasaan

fikiran terbang melayang terbang
menerjah setiap saat kita bersama
aku rindu saat itu
aku tahu kita perlu waktu dan ruang
tapi bukan dengan sepi begini
aku perlu tahu apa sebenarnya
walau ku tak pernah ragu dengan keadaan sekeliling
takkan hanya satu peristiwa
yang tak pernah aku lakukan
kau hilang tanpa berita




+aku hanya insan kerdil yang selalu melakukan kesilapan+

Dec 19, 2011

bila hanya dia di hati

Keliling apa pun tak mampu menyedapkan rasa hati
resah dengan semua yang terjadi
aku tak keruan
hidup bagai robot yang tak kenal lelah
walau penat menjengah
aku tetap mengelak
bertemankan air mata
bertemankan kerja yang tak sudah
bertemankan mineral di sebelah
aku mampu mengelak
mencuba menepis segala perasaan yang mendatang

mata dah layu, tapi tak mampu nak tido bila dah sedia di katil.
Masih mahu berfikir itu ini. Akhirnya tak tido2.

Mata dah layu, kepala mula pening,
rasa mual mawu keluarkan sesuatu dari mulut,
Itu waktu jamin terus boleh tido. Tapi..
Tido 10 minit, ada sedikit gangguan, terus terjaga dari tido
Lah~ dah hilang rasa penat, teruskan dengan kerja

Sebenarnya penat sangat...


+ini kisah bila tak henti fikirkan si dia+
Busy kan diri sebab tanak fikir itu ini tentang itu dan ini(!)

Dec 18, 2011

~ jodoh ~


Tanda-tanda kalau dia JODOH kita itu ada dua:
✿~ 1. DIPERMUDAHKAN
✿~ 2. MENDEKATKAN kita kepada Allah

Jika tidak ada dua-duanya,
BERMAKNA dia BUKAN JODOH kita..

makanya bila tanda itu tiba, 
BUKALAH MATA.jangan terus DIBUTAKAN CINTA.. ;)


Dec 17, 2011

sesuatu di sudut hati

Kata hati yang tahu betapa jujurnya hakikat itu
namun tak mampu diluah kerana keadaan yang tak pernah mengizinkan
membuatkan aku sentiasa dalam di lema
penat memendam rasa
lelah meniti saat yang berlalu
tapi aku harus dan perlu
menyimpan dan menjaga dengan rapi
aku tahu saat itu
perasaan yang tak mampu diluah dengan kata
selesa tak pernah dapat di nilai
entah bagaimana damainya rasa hati ini
saat itu
aku lupa sesuatu yang indah dari hati lain
aku mula tak keruan
daun berterbangan perlu disisir penuh teliti
apakan daya, segala yang berlaku
penuh tatasusila bagai indahnya kelopak bunga
pergilah jauh perasaan sayang yang tak mungkin digapai
jangan pernah menyapa hati yang sudah lama mekar



+perluelaksesuatuyangtakpasti+

Dec 14, 2011

wordless wednesday #5


segala perkataan yang tertera adalah berkenaan huruf alphabet

Always Be Careful, Don't Ever ForGet that..
i am Happily In love, so Just Keep Loving Me..
No Other Person Quite, Reasonable, Shall
Treat U Very Well Xcep me...

'jiwa' vs 'orang'


cemburu tak kena gaya, pedih hati sendiri cari sakit,
apa guna rasa itu, bila diri yang sengsara
tapi terkilan ini amat terasa(!)

apa mungkin ada jiwa, terima kebaikan atas orang
orang sepatutnya terima apa pun tidak, penat lelah yang terasa
tapi jiwa itu hanya bersuka ria, bagai berada di party sambut hari jadi
EH(!) GERAM LAH..

terkedu, diam membeku..duduk diam memeluk diri
fikir tapi penat berfikir namun harus terus berfikir
kenapa nasib baik itu sentiasa ada dengan jiwa
kenapa tidak bersama orang bersusah payah

hanya sikit perlu ada, tunjukkan sedikit penghargaan
tanya khabar tentang apa berlaku, bukan hadiah penutup segala.

orang tahu kalau jiwa ada inisiatif, tapi itu tak pernah cukup
kalau jiwa datang tunjuk muka tanya apa perlu
kau rasa kau akan layan orang yang macam tu?
Eh(!) cuba selami laaaaahhh
kenapa jiwa tak pernah mengerti, kau sepatutnya tahu apa yang keu perlu
bukan hanya lakukan itu ini yang senang
tolong berfikir dengan lebih dalam, berhenti berfikir diri atas awangan

kenapa mata memandang jiwa, sedangkan orang disebalik tabir
kenapa jiwa disanjung, sedangkan hanya pameran mainan mata


Dec 1, 2011

wordless wednesday #4


Apa itu Wordless Wednesday?
" wordless wednesday adalah hari dimana blogger akan post gambar tanpa explain apa2.
hanya gambar, dari gambar... ia sudah menjelaskan kesemuanya +.+ "

* da hari khamis tapi nak post jugak sebab da niat awal lagi, tapi tenet jeles ngan aku*
♛ copyright ✿ FATIN FARAHIN ✿ tenten ◕‿◕ ♛