nukilan hati

Jan 24, 2012

pagi nan indah

dia datang dengan khabar gembira
sapaan suara yang meruntun jiwa
aku yang dibuai dek mimpi indah
terkejut dari lamunan


dan kembali berputar masa
dan kembali bertaut ke masa lampau
dan sketsa sedih kembali melabuhkan tirai

iya, saya mengaku
kebanyakan dari memory tenten
adalah tentang kesedihan meruntun jiwa
yang teruk hanya dirasai sendiri
akibat degil yang tak sudah
akibat tak mampu nak telan apa teman cakap

dan di sini
bertaut kembali
bertentang mata walau disebalik kaca
segala yang perit tiada lagi sengketa
dan itu hanya salah faham segala

sesungguhnya semua ini tanda tanya
yang tak pernah ada sudah
airmata datang dan pergi
berselang seli ketawa senyum nan indah
ya! aku penat tapi aku tak pernah menyesal
dan itu pengakuan bodoh yang aku buat

walau detik gembira datang
aku perlu cuba kuat mengelak
keras dalam tegas
tentang apa yang akan berlaku




sahut cabaran~

hari ini aku mengorak langkah
menyahut seruan bertemu mata
tapi dengan alasan tersirat
kumimpikan strategi berjaya
ah! itu memang mimpi
sepertinya apa yang jadi
punya halangan yang tak membenarkan itu berlaku
dan bertentang mata itu tak seperti yang di ingini
tak menjadi di dunia realiti

aku masih mengulit resah
disulami kesakitan sedikit berseni
entah jadi entah tidak apa yang tersulam
aku tak tahu
kerana itu luar dari kuasa aku

plan sebenar bertukar kepada plan kedua
yakni meneruskan perjalanan
berjumpa sahabat sejati
meluangkan masa seketika
even kutahu sehari suntuk pun tak akan habis cerita


terima kasih di sini aku catit
terima kasih ikhlas dari hati
terima kasih sekali lagi
kerana sentiasa ada untuk aku yang sepi

bukan aku tak punya senyum manis harungi dunia
cuma entah kenapa hanya sedih yang mampu
yang mampu menarikan jari ini
mencoret apa yang terluka
aku jadi kaku
aku jadi bisu
aku jadi membatu
bila kata ingin luahkan segala yang gembira
di sini aku pelik
tapi itu aku


akan ku cuba
dalami dan tanam dalam diri ini
tentang apa yang diberi oleh sahabat sejati
ku tahu kau mahu yang terbaik untukku

-------------------------------
semakin jauh aku pergi
semakin cinta itu menjauh
lantas tidak lagi ku mengejar
kerana kau hanya akan bahagia apabila ku berhenti
--------------------------------



Jan 22, 2012

pelik


hari datang lagi
masa pasti terus berputar
dan kini masih belum pasti
ada benar hati beransur pulih
angkara semua yang terjadi
mudah benar terkilan dek situasi
mudah sangat terima apa yang datang
hati masih tabah walau tak tahu mana kekuatannya


yakin itu ada
bila hati itu masih punya sifat
bila hati itu masih pandai memujuk
bila hati itu masih prihatin tentang situasi

bila kanan kiri mula menyampah
di saat itu wujud sayang entah mana
lebih kuat dari yang disangka
aku tahu bisikan benci itu ada
aku tahu bisikan cemburu itu wujud
tapi sayang
semua itu tak mampu melunturkan
apa yang kita ada

jarak penghancur segala
berhenti mengacaubilaukan segala apa yang megusut
berhenti membuatkan fikiran terus melayang



Jan 21, 2012

awak perlu kuat(!)



awak,
awak punya banyak pilihan
awak punya banyak jalan
awak punya banyak jawapan
kenapa masih berdegil
kenapa perlu ambil jalan sakit

awak, 
tahulah awak degil
tahulah awak mahukan apa yang awak mahu
tapi awak,
fikir tentang kebahagiaan itu pun perlu
fikir tentang perjalanan akan datang
fikir tentang perasaan yang akan awak lalui

ia, betul! tepat! sekali,
bila kata hati itu kuat
awak rasa itu benar
awak tahu apa awak mahu itu adalah sepatutnya
awak perlu kuat untuk lalui
awak perlu tabah untuk lalui
itu jalan yang sesuai untuk awak langkah
tapi, terlalu yakin itu juga perit
awak perlu punya ketabahan yang tinggi
awak perlu punya hati yang keras
awak perlu punya kekuatan yang luar biasa
agar awak bisa terima segala kemungkinan


+ bersabarlah bila awak tersepit, kerana awak perlu yakin pasti ada sebabnya +

Jan 20, 2012

ini cerita dari episod lain

aku kini teruja dengan episod sebulan
seorang teman lama dari zaman sekolah
menarik dengan cerita yang bakal di update setiap hari
setiap kali itu, page blog nya pasti ku selak
dan entry ini membuatkan aku
tergerak untuk turut serta
menghayati cerita di sebalik character yang ada


heroin yang kalau aku tak ternengok episod 5 cerita itu,
memang awal lagi aku da tekan button pangkah kat hujung atas tuh

hero yg sweet eh.. aw!!

tolong elakkan itu kembali

hari pertama di kedah untuk cuti sem kali ini
hati berdebar riang
melonjak tinggi tatkala pijak bumi kulim
aku rindu aku sayang aku cinta
tempat ini


di sini cintaku berputik
di sini aku kenal dia yang menculik hati suci
walau ku tahu duka itu akan tiba
sebab
sejak waktu itu
sejak layangan inbox yang kau sampaikan
aku yang penuh teruja
aku yang penuh mengharap
mimpikan kebahagiaan yang kau beri
mimpikan senyuman yang tak henti
setelah berminggu aku berperang dengan hati dingin
aku cuma ingin kembali
BUKAN INI YANG KU PINTA


saat detik tika itu
ku tahu ini berulang lagi
bukan sekali dua
lebih dari jari 
aku tak pernah lelah
tak pernah ingin terima hakikat
kerna ku tahu hati itu pada aku
aku kenal hati itu
aku kenal diri itu
aku tahu aku benar
aku tahu aku mahu itu betul
sebab riak wajahmu tak pernah kata tidak tentang apa yang kita rasa

aku terus mengharap
dan tika matahari baru menunujukkan muka
kau muncul walau bukan kerna aku
tapi itu sudah memadai untuk aku bertentangan mata
kutakmahuterimaitu
ku mahu kau katakan sendiri
kerana itu akan membuatkan aku yakin dan akan cuba untuk melepaskan
kalau hati itu untuk orang lain
kalau jarak menjadi halangan itu adalah mustahil
cuba kau selam cuba kau gali cuba kau FIKIR
sudah berapa lama
kenapa kini itu yang kau pinta
zaman moden!apa itu halangan kita?

kau datang
kau senyum
lenggok jalan yang aku rindu
riak muka yang membuat aku melayang
teguran yang aku mimpikan
itu yang kau beri
aku mencair bak air dalam gelas
tolong jangan berikan duri
jangan tusuk hati ini
kerana pindahnya hati dari jauh datang ke tempat asal
ingin mencari ubat duka
aku tak mahu terima!
aku tak akan terima!
kalau jarak membuat kau terseksa
sebab itu dusta
SEBAB ITU DUSTA

Jan 15, 2012

status update~ 5

melayang terbang bila
hati dah mula nak senang
disebabkan final examination 
dah nak menunjukkan tirai


bibir mula mengukir senyuman
semua yang dilalui mampu membuahkan hasil
berpuas hati dengan apa yang diberi
cuma satu paper yang ternanti-nanti


tak de mende dalam kepala langsung
tentang thats subject
ouchhhh.. pecah kepala
cik malas sangat susah nak dilupakan
cik katil sangat selesa untuk didampingi



please be nice to me owh, my killing subject

HUMAN RESOURCE MANAGEMENT


Jan 12, 2012

status update~ 4


musim datang lagi
virus sepikan diri menular kembali
membilang hari penuh jari
lelah tak bermaya hati yang sunyi


oh(!) saket kepala


apa perlu buat?


senyum(!)

tak pe...... 















♥ aku lera kalau ada kebenaran 

Jan 11, 2012

wordless wednesday #10


tapi, ku tahu
ini tak akan berlaku buat waktu terdekat
kita punya kehidupan yang berbeza

Jan 10, 2012

contest my bestfriends forever by cik ayu

aku terkedu, terdiam
sayu tiba-tiba datang dalam hati
entah kenapa dan bagaimana ia mencuit hati
lagu dalam blog ini mampu membuatkan aku terbuai
sesuai pulak dengan tajuk blognya

terselak blog nih dari satu blog masa tengah blogwalking
lame belek contest yang dibuat oleh tuan blog
tersenyum sendiri
selalu suka sangat belek contest2 yang dibuat blogger lain
tapi jarang nak join
malam ni tergerak hati pulak

so(!)
cik AYU, saya dengan ikhlas hati nak join


+++++++++

click gambar untuk melawat tuan punya contest

syarat2 ada tertera di tuan punya contest~
jum selak, buleh dgr lagu blog cik AYU skali =)
+++++++++++

gambar bersama teman yang membuat saya tersenyum

zatil + nurulain + azzahazarina + syuhada + fatin shafina + tenten
Friendship...is not something you learn in school. 
but if you haven't meaning of friendship, you really haven't learned anything


+++++++++++++++

tenten tag :


Jan 9, 2012

status update~ 3

gambar tade kene mengena dengan kes, cuma nak menunjuk update status skali banyak *ceiii,sket je tuh*


kenapa perlu dia hilangkan diri?
kenapa menyepi sampai macam ni skali?
kenapa dia sebenarnya?

gulpgulpgulp*
eh, 'hati batu' online lah
tiba2 mata terkaku
tengah2 usha ntah siapa nak kacau
gatal tangan nak meng'hai2' kt teman2
tapi malam nih,

melainkan ada benda nak tanya dan berbual *wink2*
tak lah, takut ganggu orang
*eceh,bajet hot lettew*
tak pernah nak bertegur (chat) pada orang tanpa sebab
sombong bongkak riak takbur
habitatku yang kurang enak *ini kes di fb*

hehe *jangan terlalu seronok, pengakhir tak sentiasa baik*
itu akibat terlalu suka
pengakhirnya pasti terpalit sedikit luka
ku tahu pasti ada yang akan berlaku
dalam diam aku mencerna sedikit demi sedikit
eh, aku terbuai dengan rasa senang dan gembira
tingkah laku, gaya bahasa, lenggok cerita
mudah sekali hati tercuit
mampu membuatkan aku tersenyum dan tertawa
hari ini ini yang berlaku
aku tak tahu kenapa


tips untuk membaca
baca dari bawah ke atas ye,  termasuk status yang dalam gambar tuh~

Jan 6, 2012

rahsia disebalik senyuman


Senaman bentuk jogging dalaman,
Dapat merangsang tubuh dan beri manfaat pada sistem saraf otak dan hormon

Bila kita senyum, badan turut 'tersenyum' dan anggap kita gembira
Kita ceria, badan pun sihat

Bila senyum, kita hanya guna 17 otot muka berbanding 43 otot masa kerutkan dahi

Bukan sekadar reaksi muka, malah dapat kurangkan kesakitan fizikal dan emosi
yang menjadikan kita lebih selesa dengan diri sendiri

100 kali ketawa dalam tempoh 24jam = 10minit besenam
So, tak payah penat2 nak jogging buang peluh, cukup sekadar ketawa
*ini akibat orang malas nak bersenam*

Kanak-kanak 4 - 6 tahun ketawa 400 kali sehari 
berbanding 15 kali sehari di kalangan golongan dewasa
That’s why, orang dewasa lebih mudah diserang penyakit, 
tertekan dan kemurungan

Senyuman dan diakhiri dengan ketawa 
mampu merendahkan risiko sakit jantung, 
tekanan darah, strok, atritis dan ulser

Senyuman dan ketawa 
mampu meningkatkan keupayaan 
untuk belajar dan mudah menerima maklumat

Senyum mampu jadi penawar penyakit kronik

Senyum mampu menyejukkan hati yang sedang marah

♥ senyum ikhlas lebih bermakna 

nota kaki comel
sumber dari ♥ 1001saturahsiadiri 

SENYUM ITU KELOPAK. 
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA
♛ copyright ✿ FATIN FARAHIN ✿ tenten ◕‿◕ ♛