nukilan hati

Jan 24, 2012

pagi nan indah

dia datang dengan khabar gembira
sapaan suara yang meruntun jiwa
aku yang dibuai dek mimpi indah
terkejut dari lamunan


dan kembali berputar masa
dan kembali bertaut ke masa lampau
dan sketsa sedih kembali melabuhkan tirai

iya, saya mengaku
kebanyakan dari memory tenten
adalah tentang kesedihan meruntun jiwa
yang teruk hanya dirasai sendiri
akibat degil yang tak sudah
akibat tak mampu nak telan apa teman cakap

dan di sini
bertaut kembali
bertentang mata walau disebalik kaca
segala yang perit tiada lagi sengketa
dan itu hanya salah faham segala

sesungguhnya semua ini tanda tanya
yang tak pernah ada sudah
airmata datang dan pergi
berselang seli ketawa senyum nan indah
ya! aku penat tapi aku tak pernah menyesal
dan itu pengakuan bodoh yang aku buat

walau detik gembira datang
aku perlu cuba kuat mengelak
keras dalam tegas
tentang apa yang akan berlaku




sahut cabaran~

hari ini aku mengorak langkah
menyahut seruan bertemu mata
tapi dengan alasan tersirat
kumimpikan strategi berjaya
ah! itu memang mimpi
sepertinya apa yang jadi
punya halangan yang tak membenarkan itu berlaku
dan bertentang mata itu tak seperti yang di ingini
tak menjadi di dunia realiti

aku masih mengulit resah
disulami kesakitan sedikit berseni
entah jadi entah tidak apa yang tersulam
aku tak tahu
kerana itu luar dari kuasa aku

plan sebenar bertukar kepada plan kedua
yakni meneruskan perjalanan
berjumpa sahabat sejati
meluangkan masa seketika
even kutahu sehari suntuk pun tak akan habis cerita


terima kasih di sini aku catit
terima kasih ikhlas dari hati
terima kasih sekali lagi
kerana sentiasa ada untuk aku yang sepi

bukan aku tak punya senyum manis harungi dunia
cuma entah kenapa hanya sedih yang mampu
yang mampu menarikan jari ini
mencoret apa yang terluka
aku jadi kaku
aku jadi bisu
aku jadi membatu
bila kata ingin luahkan segala yang gembira
di sini aku pelik
tapi itu aku


akan ku cuba
dalami dan tanam dalam diri ini
tentang apa yang diberi oleh sahabat sejati
ku tahu kau mahu yang terbaik untukku

-------------------------------
semakin jauh aku pergi
semakin cinta itu menjauh
lantas tidak lagi ku mengejar
kerana kau hanya akan bahagia apabila ku berhenti
--------------------------------



Jan 22, 2012

pelik


hari datang lagi
masa pasti terus berputar
dan kini masih belum pasti
ada benar hati beransur pulih
angkara semua yang terjadi
mudah benar terkilan dek situasi
mudah sangat terima apa yang datang
hati masih tabah walau tak tahu mana kekuatannya


yakin itu ada
bila hati itu masih punya sifat
bila hati itu masih pandai memujuk
bila hati itu masih prihatin tentang situasi

bila kanan kiri mula menyampah
di saat itu wujud sayang entah mana
lebih kuat dari yang disangka
aku tahu bisikan benci itu ada
aku tahu bisikan cemburu itu wujud
tapi sayang
semua itu tak mampu melunturkan
apa yang kita ada

jarak penghancur segala
berhenti mengacaubilaukan segala apa yang megusut
berhenti membuatkan fikiran terus melayang



Jan 21, 2012

awak perlu kuat(!)



awak,
awak punya banyak pilihan
awak punya banyak jalan
awak punya banyak jawapan
kenapa masih berdegil
kenapa perlu ambil jalan sakit

awak, 
tahulah awak degil
tahulah awak mahukan apa yang awak mahu
tapi awak,
fikir tentang kebahagiaan itu pun perlu
fikir tentang perjalanan akan datang
fikir tentang perasaan yang akan awak lalui

ia, betul! tepat! sekali,
bila kata hati itu kuat
awak rasa itu benar
awak tahu apa awak mahu itu adalah sepatutnya
awak perlu kuat untuk lalui
awak perlu tabah untuk lalui
itu jalan yang sesuai untuk awak langkah
tapi, terlalu yakin itu juga perit
awak perlu punya ketabahan yang tinggi
awak perlu punya hati yang keras
awak perlu punya kekuatan yang luar biasa
agar awak bisa terima segala kemungkinan


+ bersabarlah bila awak tersepit, kerana awak perlu yakin pasti ada sebabnya +

Jan 20, 2012

ini cerita dari episod lain

aku kini teruja dengan episod sebulan
seorang teman lama dari zaman sekolah
menarik dengan cerita yang bakal di update setiap hari
setiap kali itu, page blog nya pasti ku selak
dan entry ini membuatkan aku
tergerak untuk turut serta
menghayati cerita di sebalik character yang ada


heroin yang kalau aku tak ternengok episod 5 cerita itu,
memang awal lagi aku da tekan button pangkah kat hujung atas tuh

hero yg sweet eh.. aw!!
♛ copyright ✿ FATIN FARAHIN ✿ tenten ◕‿◕ ♛