ini kisah cuti semester yang tak berapa panjang
merehatkan diri dari segala buku yang ada
oh, bukan-bukan
aku masih membaca buku
buku novel namanya
bukan cinta tapi kasih sayang
tentang persahabatan
tentang keluarga yang penuh derita
bukan kerana seksaan luaran
cuma hati yang sakit
aku mula berfikir
tapi apa yang aku fikir hanya sesuatu yang random
yang tak ada kaitan untuk satu tujuan
aku berfikir dan terus berfikir
aku mula mencari apa sebenarnya yang ada pada diri
melalui orang keliling
melalui relation dalam laman sosial
aku bingong sendirian.
apakah aku sebenarnya yang berdiri sebagai kawan
apa sebenarnya erti kawan
aku bingung
makin lama makin pedih
makin aku tak tahu
makin aku ingin sendirian
aku mahu terbang
aku tak tahu
adakah aku sahabat yang dicari
adakah aku sahabat yang dibenci
adakah aku sahabat yang sejati
adakah aku sahabat yang mengkhianati
aku hanya mampu diam
kerana apa yang aku rasa hanya mampu membuatkan aku sendirian
sahabat sangat penting selain keluarga
tapi, mampukah kita untuk menjadi sahabat yang ingin kita gapai?