aku malu sendiri
termakan kata apa yang di luah
salah dengan rasa jiwa
entah kenapa
situasi keadaan diri mencengkam segala rasa
terasa semua takdir tersusun cantik
aku kata tidak
tapi keadaan tak pernah bekerjasama
aku kata aku mahu berhenti
berhenti memendam rasa seksa
tapi
semua hanya dusta
apa ku katakan semalam
segala yang datang hanya dusta
hanya mainan kata
aku hanya tak mampu
tak mampu untuk mengelak segala rasa
ku tahu apa yang ku mahu itu dulu
adalah menikam diri ini
dan sekarang hanya ada adalah koma ditengah jalan
noktah yang semalam menjelma hanya tersimpan kelabu
memori indah kembali datang
tapi hadirnya dengan rasa dan keadaan berbeza
membuat hati terbuai nan indah
bersama insan yang sama
tapi bezanya dalaman yang curiga
aku dapat rasakan perubahan itu ada
lebih baik dari semalam
yang cuba untuk menikam jiwa
dan kembali memberi harapan entah aku tak mampu meneka
aku hanya terima
tak kira luah ditelan semula
walau kelat ku cuba untuk terima
+ ikutapayangbetultolakapayangtalperlu +