nukilan hati

Apr 30, 2011

senyum tak semestinya suka

indahnya senyuman manis terasa
bagai dihiris sembilu 
tatkala airmata menitis ke bumi

emosi tertera pada muka
tapi itu tak mungkin yang sebenar
hanya yang sensitif mengerti

mood :
masih tertanya-tanya tentang diri ini
apa telah kuat untuk hadapi segala yang mungkin berulang


Apr 28, 2011

jiwa kacau


2 paper DONE!!
yeay..
BUT
4 more paper..
arghhh...
*ini agak stress*

Apr 27, 2011

hanya perlu diam

hari datang dan pergi
akhir pasti ada bila wujudnya permulaan
minggu2 akhir kat UTM
bagi tahun 1 semester 2

^^
waktu ini pasti tak akan berulang
yang hanya perlu
hargai segala apa yang berlaku
rindu pasti ada
tapi sungguh aku kata
tak akan datang lagi

*rindu bilik UA21044*
padah melarikan diri dari keadaan sebenar
mungkin tiada sebab
tapi itu tindakan aku!!


Apr 26, 2011

terus berfikir


terus-terusan menjalani hidup yang indah
tiada siapa menghalang pergerakan ini
tapi...kita?
fikirnya sudah pandai
belajar sudah melangit
gerak geri dijaga rapi


indahnya hari semalam
tiada jaminan untuk esok
terkadang berfikir
dan itu tak pernah berhenti

tiada kesudahan cerita
cuma apa yang aku dapat
aku bukanlah seperti apa yang aku fikir
mungkin aku belum bersedia
mungkin aku hanya bereksperimen

hah??mana mungkin?
apa itu berlaku?
tapi kenapa aku setia?
aku??mungkin juga tiada yang lain aku jumpa
ok...ada..
tapi mungkin aku tak buka peluang itu
lalunya seorang jejaka
sebelah mata aku tutup
hati tak pernah diberi laluan
kejamkah aku?

aku dan dia?
hurm...pedih hatiku


takkan mungkin
hanya khabar pun
tak mahu dilayangkan?

kenapa ini berlaku?
aku bertepuk sebelah tangan?
jangan iya kan itu!!
aku tak sanggup lalui itu


tolong bantu aku keluar dari perasaan ini


*masih kepada lelaki yang sama seorang insan yang bernama M*

Apr 24, 2011

apa sebenarnya rasa?


hati terusik kira kau kata itu
aku tahu kita sama-sama rasa
elakkan itu  kita tak mampu
kita tak tahu
kita tak keruan
kita tak mampu
kau tahu ini pasti berlaku
kuatkah kita lalui ini





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
|            .R.I.N.D.U.             |
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





*hati mudah terusik tatkala hati sedang berbunga*

Apr 20, 2011

seGAGAH-GAGAH lelaki dot. dot. dot !!!

kini ku kirimkan
salam dan senyuman ikhlas
khas buat kalian
yang senantiasa menanti entry terbaru di page ini !!
^^

this entry adalah daripada
nota-nota kaki daripada facebook!!
uhhuuiii...thx buat page
membuatkan saya ingin kidnap..
sungguh aku tak tipu..
tak berhenti membayangkan ini
hahahahhahaa...
jom sini join!!

=================================

kisah ini ialah daripada seorang insan yang bernama lelaki.. 

“Kalau boleh biar abang sahaja yang bersalin. 
Biar abang yang tanggung kesakitan ini” 
kata saya sambil menatap wajah isteri. 
Dengan tujuan untuk menenang dan menghiburkannya.

“Ish.. Abang ni.” katanya sambil tersenyum. 
Nampak kepayahan pada wajahnya.

Moga “lawak cerdik” serba sedikit dapat menghiburkan hatinya.

Jam menunjukkan pukul 5 petang. 
Maknanya sudah kira-kira 2 jam isteri saya 
ditahan di wad 
selepas membuat pemeriksaan kira-kira jam 2 petang tadi…

Sesudah mununaikan solat Asar, 
saya berlegar di ruang menunggu bilik bersalin. 
Sejujurnya, saya sendiri tidak dapat bayangkan 
bagaimana sekiranya “lelaki” yang mengalaminya.

Lelaki mengandung dan bersalin: 
mustahil! Memang mustahil! 
Sebab itulah Allah hanya mengurniakan 
nikmat bersalin kepada kaum Hawa sahaja.

Saya tidak dapat bayangkan 
tubuh badan lelaki sekiranya mereka mengandung! 
 Aduh, hodohnya! 
Mungkin inilah antara hikmahnya 
kenapa lelaki tidak boleh mengandung. 
Kalau tidak, 
tentu ramai lelaki berperut boroi 
tidak dapat dibezakan dengan “lelaki mengandung”.


Bagaimana pula dengan “mabuk mengandung”? 
Mampukah “lelaki mengandung” menghadapinya? 
 Saya rasa tidak. 
Cuba bayangkan “lelaki mengandung” mengalami 
loya dan muntah-muntah…
 Aduh, tidak dapat bayangkan 
seorang lelaki yang berbadan sasa 
mengadu loya-loya dan muntah-muntah.

Sesungguhnya wanita begitu “gagah” untuk menghadapinya. 
Segagah-gagah lelaki, 
belum tentu mampu 
untuk menahan derita siang malam 
membawa kandungan yang berat 
ke mana-mana sahaja selama 9 bulan.


Bagaimanakah pula agaknya 
“lelaki mengandung” tadi hendak 
menghadapi saat-saat kelahiran? 
Tentu kecoh satu hospital dibuatnya! 
Mana tidaknya, 
jika terdengar suara garau 
menangis dan menjerit! 
Anak yang di dalam kandungan pun 
boleh terkejut tidak jadi keluar dibuatnya.

Doktor yang akan membidankan pula 
tentulah doktor lelaki yang gagah perkasa. 
 Begitu juga dengan jururawat yang membantu. 
Lebih-lebih lagi jika “bapa mengandung” tadi 
berbadan sasa seperti ahli gusti. 
Paling tidak, 
doktor dan jururawat tadi 
mestilah seperti Hulk. 
Jika tidak, 
dikhuatiri doktor tadi 
tercampak ke dinding 
sebelum sempat menyambut kelahiran bayi.

Cuba bayangkan lelaki sesasa 
Arnold Susahnakeja mengandung. 
Siapakah doktor yang sanggup membidankannya?

Begitu besar hikmahnya Allah 
 menjadikan setiap sesuatu! Subhanallah!

“Encik, encik boleh masuk sekarang,” 
sapa seorang jururawat di Gombak Medical Centre, 
 mematikan lamunan saya.

Jam menunjukkan pukul 9 malam. 
 “Oh, lama juga aku mengelamun”, 
kata saya sambil melangkah ke bilik bersalin 
yang menempatkan isteri saya.

Kira-kira jam 11 malam, 
maka lahirlah seorang lagi waris saya, 
sambil diiringi azan dan iqamat.

“Eh, anak kita tiada gigi”, 
kata saya kepada isteri saya. 
Dia hanya tersenyum keletihan selepas melahirkan. 
Sekali lagi “lawak cerdik” untuk menghilangkan keletihannya.

Segagah-gagah lelaki, 
belum tentu mampu menanggung sebuah kelahiran. 
Namun selemah-lemah dan selembut-lembut wanita, 
begitu tabah menanggung 
9 bulan kehamilan dan menggalas sebuah kelahiran.

Anugerah Allah begitu agung, 
tidak terjangkau dek pemikiran manusia.

Eh… 
Bagaimana pula agaknya kalau “bapa berpantang”? 
Memakan jamu?Memakai bekung? Menyusukan anak?!!

Fikirlah sendiri! 
Saya tidak “tergamak” membayangkannya!

======================

aku ta edit hape2 pun dari ini page...
rasa sayang nak edit penulisan orang lain..
dari sudut hati..hanya ingin berkongsi..
^^

Apr 18, 2011

kini ku punya dia =D

ini cerita antara aku dan dia
dia tiada siapa, hanya satu bagi aku


ku tak tahu bagaimana rasa itu
hanya ku tahu bahagia ada sentiasa


ntah kenapa hati rasa berbunga
tingkah laku dikata gerak tari yang selari
kata ku menjadi manis terperi
senyum sumbing berubah seri

heishhh!!!
dikata tak waras jauh sekali
sungguh indah!!


TERIMA KASIH 
kembali pada yang setia menanti
hey3..aku gembira di sini..
jangan kembali kisah kasih sedih menyepi


Apr 11, 2011

random post!!

fuh...hye awak..awak..awak sume!!
salam sayang dari saya ye awak..awak..awak..
=D (nice smile for all of you!!)
hey...
na tawu something??
kebelakangan ini..
serasa macam hujung minggu 
sentiasa dipenuhi dengan kehidupan riang..
tapi ntah kenapa..
sukar rasanya jari-jemariku untuk menari
bersenaman menambah post2 baru di page ini..
yang saya mampu hanyalah menaip di microsoft office onenote!!
hah???nape la type kt ctu!!nape tamaw wat terus je kt cni kan!!
on9 berjam2 jugak!!
okey..cop2!!
bukan happeeee...
manyak meehh assignment beratur..(citer na over je)
alasan memang banyak kalau na wat senarai..
bagi satu ni pun da rasa cam menggedik mengada..
yuhhhuu...okey2...
apa macam kalau saya bagi link diari bergerak saya??
hikhikhikhikhikhik...
upsss!!! jum2..

kita selak citer minggu ini....
bersama deejay :    

kita buka lembaran lama iaitu cerita, bab, kesah minggu lepas!!
eheeeyyy...jgn terkejut!! 
siap ada 4 rangakaian bagi weekends!!
sungguh rajen cik azzahazarinaspeaking nih!!


ohhh..ta cukup lagi nih...
ada lagi minggu2 lepas punye!!double minggu taw!!huhee


===============================
pergh!!! lapan antry skali aku masukkan 
dalam masa ta sampai setengah jam..
seperti makan kuaci di tepi pantai!!
hheheheee...sungguh terserlah kemalasan saya yer!!

AZZAHAZARINASPEAKING!!
link awak sangat banyak di post ini!!
erk...minta kebenaran untuk share yer awak!!!
maaf ta cakap dulu baru buat...
tapi saya ada dengar awak luluskan permintaan saya
(ntah bile aku dengar kaw bagi permission nih..hehe)
jangan marah ye,awak!!

LUCKYNURULAIN jugak!!!
saya pinjam sato entry awak taw3!!
huheee

okey!!bahagian permission da selesai!!!yuhhhuuuu...
pssss>>>
muka memang tataw malu amek entry orang..
hey3...orang yang saya kenal taw!!!thx yawww!!c u!!!
♛ copyright ✿ FATIN FARAHIN ✿ tenten ◕‿◕ ♛