nukilan hati
Feb 15, 2012
Feb 11, 2012
bile da tader keje
da tader nak buat keje sangat
aku dengan sesenang sesuka hati menjelajah dunia fb
teliti segala apa yang aku suka
yang memang gatal nak macam2 mende
ini segala secara random
yang pilih tak guna akal dek mata kelabu
haiihhhh
sume nih berlaku bile tengah menggila sorang2
Feb 8, 2012
jarak antara dua hati
Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”
Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak. Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”
Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas. Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan.
“Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”
Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih–lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.

✄ sumber dari PEN PATAH
tips menjadi pendengar si gadis
♛perhatian yang sepenuhnya♛
☐stop apa pun yang anda sedang buat☐dengar dengan teliti☐
♛pandang matanya♛
☐renungkan apa yang disampaikan☐
♛jangan berikan pendapat♛
☐say no untuk pendapat atau jalan penyelesaian☐
☐itu hanya mematikan mood untuk si dia bercerita☐

☐si dia hanya ingin meluahkan perasaan, bukan meminta pendapat☐
☐kecuali pendapat anda diminta☐
☐kecuali pendapat anda diminta☐
♛bertanyakan soalan♛
☐soalan berkaitan adalah diperlukan☐
☐secara tak langsung menunjukkan yang anda juga berminat dengan cerita si dia kongsikan☐
Feb 3, 2012
cebisan kata hati #sahabat
ini kisah cuti semester yang tak berapa panjang
merehatkan diri dari segala buku yang ada
oh, bukan-bukan
aku masih membaca buku
buku novel namanya
bukan cinta tapi kasih sayang
tentang persahabatan
tentang keluarga yang penuh derita
bukan kerana seksaan luaran
cuma hati yang sakit
aku mula berfikir
tapi apa yang aku fikir hanya sesuatu yang random
yang tak ada kaitan untuk satu tujuan
aku berfikir dan terus berfikir
aku mula mencari apa sebenarnya yang ada pada diri
melalui orang keliling
melalui relation dalam laman sosial
aku bingong sendirian.
apakah aku sebenarnya yang berdiri sebagai kawan
apa sebenarnya erti kawan
aku bingung
makin lama makin pedih
makin aku tak tahu
makin aku ingin sendirian
aku mahu terbang
aku tak tahu
adakah aku sahabat yang dicari
adakah aku sahabat yang dibenci
adakah aku sahabat yang sejati
adakah aku sahabat yang mengkhianati
aku hanya mampu diam
kerana apa yang aku rasa hanya mampu membuatkan aku sendirian
sahabat sangat penting selain keluarga
tapi, mampukah kita untuk menjadi sahabat yang ingin kita gapai?