nukilan hati

Nov 23, 2011

(!) jangan BACA (!)

Ini suatu kisah yang selalu bermaen di minda
Bukan aku inginkan tapi bila kerna hati gusar
Minda maenkan peranan
Kekadang aku bingung
Aku hanya pandai membebankan diri sendiri dengan perkara yang tak perlu
Fikirkan itu ini tapi tanpa apa-apa tindakan
Fikir dan terus berfikir
Nak bertindak, ooo alangkah beratnya rasa
Tambah pula, bila nak bertindak je, ada lah yang tak kena
Mula lah nak fikir itu ini, segala benda negatif dah terjah masuk dalam fikiran
Dan yang perlu aku buat, duduk diam-diam, buat TAK TAHU
Ehhhh, aku ada perasaan tapi aku bebel dalam bilik je
Ehhhh, aku tawu aku bersalah tapi aku malas nak ngaku sebab taknak kau penat bila kau dah marah
Ehhhh, aku tawu aku tak membantu tapi ade kau perasan aku tolong kau dalam diam
Ehhhh, penatlah aku nak taip
Semuanya dah makin kusut

+ POSITIF LA +
Pergi la kau, negatif oooiiiiiiiii
Aku taknak kawan ngn kau
Aku nak kawan baik dengan positif jeeeee
Aku benci kauuuuuuuu

==============================
ini salah satu benda yang aku selalu fikir :

kepada seorang sahabat yang pernah aku kenal sedikit masa dahulu,
Tapi sekarang mungkin hanya kawan dengan jarak jauh
Sorry sangat2 kalau dah buat kau terasa hati or apa ja lah
Yang membuatkan kau tetiba je menghilangkan diri
Bukan ku tak mahu menegur
Tapi gusar di hati sangatlah menebal
Aku takut itu, aku takut ini, aku takut aku yang perasan
Mungkin kau tak pernah heran tentang diri ini
Tapi sejak menolak 'sesuatu' itu,
Aku asyik fikirkan tentang perasaan mu
Bukan ku tak sudi untuk terima, tapi memang itulah aku
Tanpa sebab yang wajar, ku tak mahu itu.

Kalau mungkin aku mampu
Inginku undurkan masa
Berpatah balek pada masa itu
Elak segala kemungkinan yang membuatkan aku dan kau berjumpa,
Elak segala kemungkinan yang membuatkan kita berkenalan
Kalau betullah, apa yang aku rasakan ini betul..
Aku tak mahu hati itu tergurus kerna aku

Maafkan aku..


==============================
Ehhhh…kan da mention kat tajuk tuh, jangan baca.. Ni utk saya je..
Tp, nce jugak la bila awak baca.. Kurang2 saya tahu awak prihatin.. =)
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.. 

~ need it

Ku rindukan sesuatu yang dah berlalu
~ diri sendiri ~


Walau rupa tetap serupa, tapi semangat dah berbeza
I need be more positive

Aku tak tahu kemana semangat aku yang dahulu
Keliru dan bertambah keliru

+fullstop+
Aku perlu berhenti berfikir benda yang tak perlu
Dan terus lalui perkara mendatang dengan
LEBIH POSITIF

wordless wednesday #3


Apa itu Wordless Wednesday?

" Wordless Wednesday adalah hari dimana blogger akan post gambar tanpa explain apa2.
Hanya gambar, dari gambar.. ia sudah menjelaskan kesemuanya +.+ "

Nov 8, 2011

o.0' #4

you grow up so fast in high school.
it's not smthg u wait for,
it just kinda happens.
1 day u'll look back
and proud of who u've
become, while at the same time,
miss who u were.


Nov 7, 2011

kisah di hati

ku rasa bahagia
tatkala meniti jalan ditemani duri pada mulanya
bahagia datang menerpa
betul kata orang
bertentang mata satu jalan penyelesaian hebat

terbongkar segala apa yang kau ingin katakan
dan aku hanya mampu
mencoba memahami sedikit demi sedikit
terima kasih kerana memahami
terima kasih kerana menerima
terima kasih kerana masih

harap perjalanan kita masih panjang

~sayang awak sangat~

perjalanan raya qurban '11

hampir menitis air mata
bergenang tak sempat
sebab shock dengan respond 
kawan sebelah sit dalam bus
berani melawan menegakkan apa yang benar
--------------------------------------

lah,adek??
bus dah lama gerak~
patut la ada lagi dua orang tak naek bus
c kakak bus berkata-kata
gulp* telan air liur membasahkan tekak

------------------------------------

sedangkan situasi sebenar

9.30malam : 
kaki melangkah laju menuju kaunter tiket bus,
even tiket bas sepatutnya jam 10
memastikan no plat bus yang betul
(kakak bus, potong no plat yg sebelumnya dan menulis no plat bus yang baru)

5minit kemudian :
semangat yang luar biasa,
menjinjing beg yang tak berapa besar
yang tak berapa kecil
menanti bas yang sepatutnya
mata meliar memerhati bas yang tersusun cantik
kecewa..
menanti dan terus menanti
bas bernumbor plat yang di cari-cari tak di jumpai
hanya bus sejenis yang mampu di sapa~

10.40malam :
dah habis bersabar,
bergerak ke kaunter berkenaan
bersama kawan sebelah sit dalam bus
yang dapat hanyalah dialog kakak bas seperti di atas ^
how come???
mana ada no plat tuh~
tak sepatutnya kakak tuh salahkan kitorang sebab
dia catit no plat salah
pekejadahnya dia buat macam tuh
beb~ kedah kakak oiii
orang da bersemangat nak balik kakak oiii
lepas kawan sebelah sit dalam bus mengamuk kat kaunter
sebab kena marah tanpa sebab..
kakak tu blah
perghhh~
tak pe..bagi chance baik punya kt akak tuh sampai 11.15
aku..cool je kt sebelah kawan aku tuh
pasrah je lah~
ada rezeki..balik, takdak rezeki..terima
tapi maw ganti triple la ye
ganti tak dapat balik satu a.k.a pengubat jiwa
ganti tiket yang dah beli dari kedah ke johor
ganti buat belanja kat sana sepanjang sepatutnya balik 

11.13malam :
adik... ada bus.. cepat
menggelabah ikut jejak langkah
mak lang n pak lang yang hantar kitorang 
dah stand by kat belakang dengan beg kitorang
ok cun..
bas da dapat
tinggal nak naek
cun!! 
di ganti bas yang tiket berharga double
naseb la akak ye..
sayang akak lebih muach2 lah~
pakej kerusi double besar and massage chairs
HAMACAM???
(hanya tersenyum memandang antara satu sama lain)

sepanjang perjalanan :
bas yang memang membuatkan aku sakit hati
gulp* 
tak pernah lah aku nak memilih bas yang singgah sana singgah sini
turun and ambil orang berkali perhentian
hoiiii... saket kepala lah
dengan jalan nya
dengan kerenah orang nya
kalau naek pandai tutup mulut takpe
ini!memekak sana sini macam tak pernah naik bus
(telan ubat mabuk akibat pening tak mampu nak kawal)
terus terlelap sampai ke hentian yang dinanti

ALHAMDULILLAH

~ps# patutlah aku rasa berat sangat nak balik~

raya kat kg dipenuhi dengan aktiviti tidur
akibat sakit badan tak bergerak selama 8jam dalam bas

petang, da segar bugar
contact kawan tersayang
gerak serbu rumah kawan sayang with my love and my honey

my honey, entahsiapatakkenal, kawan sayang, my love

will never forget about our memories together~





♛ copyright ✿ FATIN FARAHIN ✿ tenten ◕‿◕ ♛