nukilan hati

Dec 31, 2011

cikgu yang hebat

tahun baru datang lagi
sekolah meriah kembali

sana sini berlari anak kecil
mencari teman yang hilang bercuti
indahnya saat itu
bila cuba kita imbau
berbaju putih, 
berkain biru gelap bersama tudung litup putih
aku rindu...aku tak keruan
kenangan takkan pernah datang lagi

kereta megah meluncur laju
bukti hadirnya pendidik hebat
bukan bongkak yang ditunjukkan
cuma hanya mahu disegani

mereka bukan calang-calang
setiap tugas mereka lakukan
bukti apa ada?
tak perlu itu semua 
hanya selami apa yang berlaku
masih kelam dalam berfikir?
mahu tawu apa sebenarnya
mari imbau sedikit demi sedikit

bila pertandingan bola, 
cikgu jadi REFEREE

bila budak bertanding cara apa sekalipun, 
cikgu jadi JURULATIH

bila kutip yuran,
 cikgu jadi AKAUNTAN

bila waktu RMT, 
cikgu jadi PELAYAN

bila budak sakit, 
cikgu jadi DOKTOR

bila sesi ceramah,
 cikgu jadi MOTIVATOR

bila hias kelas, 
cikgu jadi PELUKIS

bila persembahan hari guru, 
cikgu jadi KOMPOSER

bila kerusi rosak, 
cikgu jadi TUKANG KAYU

bila budak muntah dalam kelas,
 cikgu jadi TUKANG CUCI

bila budak mencuri, 
cikgu jadi DETEKTIF

bila budak buat persembahan, 
cikgu jadi PHOTOGRAPHER

bila aktiviti perkhemahan, 
cikgu jadi TENTERA

bila hari kantin, 
cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM

bila hari guru, 
cikgu jadi PENYANYI

bila gotong royong di sekolah, 
cikgu jadi TUKANG KEBUN

bila waktu solat, 
cikgu jadi TOK IMAM

bila parent ambil lambat, 
cikgu jadi BABY SITTER

bila budak bergaduh, 
cikgu jadi HAKIM MAHKAMAH

bila budak sakit kecemasan, 
cikgu jadi PEMANDU AMBULANS

bila aktiviti merentas desa,
 cikgu jadi POLIS TRAFIK

bila budak sedih, 
cikgu jadi PELAWAK

ah, apa lagi yang perlu?
hanya kejayaan, yang menggembirakan mereka
*tiba2 emosi tak semena*

kesimpulan entry tak kesampaian ni nk ucap
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH~
*sign out cepat2, tak tawu motif menaip T.T*


nota kaki comel
  terima kasih sebab baca sampai habis 

0 comments:

Post a Comment

♛ copyright ✿ FATIN FARAHIN ✿ tenten ◕‿◕ ♛