nukilan hati

Apr 20, 2011

seGAGAH-GAGAH lelaki dot. dot. dot !!!

kini ku kirimkan
salam dan senyuman ikhlas
khas buat kalian
yang senantiasa menanti entry terbaru di page ini !!
^^

this entry adalah daripada
nota-nota kaki daripada facebook!!
uhhuuiii...thx buat page
membuatkan saya ingin kidnap..
sungguh aku tak tipu..
tak berhenti membayangkan ini
hahahahhahaa...
jom sini join!!

=================================

kisah ini ialah daripada seorang insan yang bernama lelaki.. 

“Kalau boleh biar abang sahaja yang bersalin. 
Biar abang yang tanggung kesakitan ini” 
kata saya sambil menatap wajah isteri. 
Dengan tujuan untuk menenang dan menghiburkannya.

“Ish.. Abang ni.” katanya sambil tersenyum. 
Nampak kepayahan pada wajahnya.

Moga “lawak cerdik” serba sedikit dapat menghiburkan hatinya.

Jam menunjukkan pukul 5 petang. 
Maknanya sudah kira-kira 2 jam isteri saya 
ditahan di wad 
selepas membuat pemeriksaan kira-kira jam 2 petang tadi…

Sesudah mununaikan solat Asar, 
saya berlegar di ruang menunggu bilik bersalin. 
Sejujurnya, saya sendiri tidak dapat bayangkan 
bagaimana sekiranya “lelaki” yang mengalaminya.

Lelaki mengandung dan bersalin: 
mustahil! Memang mustahil! 
Sebab itulah Allah hanya mengurniakan 
nikmat bersalin kepada kaum Hawa sahaja.

Saya tidak dapat bayangkan 
tubuh badan lelaki sekiranya mereka mengandung! 
 Aduh, hodohnya! 
Mungkin inilah antara hikmahnya 
kenapa lelaki tidak boleh mengandung. 
Kalau tidak, 
tentu ramai lelaki berperut boroi 
tidak dapat dibezakan dengan “lelaki mengandung”.


Bagaimana pula dengan “mabuk mengandung”? 
Mampukah “lelaki mengandung” menghadapinya? 
 Saya rasa tidak. 
Cuba bayangkan “lelaki mengandung” mengalami 
loya dan muntah-muntah…
 Aduh, tidak dapat bayangkan 
seorang lelaki yang berbadan sasa 
mengadu loya-loya dan muntah-muntah.

Sesungguhnya wanita begitu “gagah” untuk menghadapinya. 
Segagah-gagah lelaki, 
belum tentu mampu 
untuk menahan derita siang malam 
membawa kandungan yang berat 
ke mana-mana sahaja selama 9 bulan.


Bagaimanakah pula agaknya 
“lelaki mengandung” tadi hendak 
menghadapi saat-saat kelahiran? 
Tentu kecoh satu hospital dibuatnya! 
Mana tidaknya, 
jika terdengar suara garau 
menangis dan menjerit! 
Anak yang di dalam kandungan pun 
boleh terkejut tidak jadi keluar dibuatnya.

Doktor yang akan membidankan pula 
tentulah doktor lelaki yang gagah perkasa. 
 Begitu juga dengan jururawat yang membantu. 
Lebih-lebih lagi jika “bapa mengandung” tadi 
berbadan sasa seperti ahli gusti. 
Paling tidak, 
doktor dan jururawat tadi 
mestilah seperti Hulk. 
Jika tidak, 
dikhuatiri doktor tadi 
tercampak ke dinding 
sebelum sempat menyambut kelahiran bayi.

Cuba bayangkan lelaki sesasa 
Arnold Susahnakeja mengandung. 
Siapakah doktor yang sanggup membidankannya?

Begitu besar hikmahnya Allah 
 menjadikan setiap sesuatu! Subhanallah!

“Encik, encik boleh masuk sekarang,” 
sapa seorang jururawat di Gombak Medical Centre, 
 mematikan lamunan saya.

Jam menunjukkan pukul 9 malam. 
 “Oh, lama juga aku mengelamun”, 
kata saya sambil melangkah ke bilik bersalin 
yang menempatkan isteri saya.

Kira-kira jam 11 malam, 
maka lahirlah seorang lagi waris saya, 
sambil diiringi azan dan iqamat.

“Eh, anak kita tiada gigi”, 
kata saya kepada isteri saya. 
Dia hanya tersenyum keletihan selepas melahirkan. 
Sekali lagi “lawak cerdik” untuk menghilangkan keletihannya.

Segagah-gagah lelaki, 
belum tentu mampu menanggung sebuah kelahiran. 
Namun selemah-lemah dan selembut-lembut wanita, 
begitu tabah menanggung 
9 bulan kehamilan dan menggalas sebuah kelahiran.

Anugerah Allah begitu agung, 
tidak terjangkau dek pemikiran manusia.

Eh… 
Bagaimana pula agaknya kalau “bapa berpantang”? 
Memakan jamu?Memakai bekung? Menyusukan anak?!!

Fikirlah sendiri! 
Saya tidak “tergamak” membayangkannya!

======================

aku ta edit hape2 pun dari ini page...
rasa sayang nak edit penulisan orang lain..
dari sudut hati..hanya ingin berkongsi..
^^

3 comments:

  1. hahahaha... stju sgt2

    sekuat2 laki,laki xmmpu mngandong apalagi nk mlahirkan ank.. :)

    ReplyDelete
  2. even ak lelaki,tp ak stuju...sbb lelaki mostly kuat just dr segi luaran....tp pmpuan kuat dr segi dlaman...sbb 2 pmpuan mmpu buat bnde yg hebat2 cm nie....hehe

    ReplyDelete
  3. for meyza ...
    saya stuju jugak2!!hehe..

    for ashraf04 ...
    saya suka fakta itu..!!!
    kebenarannya kini terbukti!! ^^

    ReplyDelete

♛ copyright ✿ FATIN FARAHIN ✿ tenten ◕‿◕ ♛