nukilan hati

Jan 21, 2012

awak perlu kuat(!)



awak,
awak punya banyak pilihan
awak punya banyak jalan
awak punya banyak jawapan
kenapa masih berdegil
kenapa perlu ambil jalan sakit

awak, 
tahulah awak degil
tahulah awak mahukan apa yang awak mahu
tapi awak,
fikir tentang kebahagiaan itu pun perlu
fikir tentang perjalanan akan datang
fikir tentang perasaan yang akan awak lalui

ia, betul! tepat! sekali,
bila kata hati itu kuat
awak rasa itu benar
awak tahu apa awak mahu itu adalah sepatutnya
awak perlu kuat untuk lalui
awak perlu tabah untuk lalui
itu jalan yang sesuai untuk awak langkah
tapi, terlalu yakin itu juga perit
awak perlu punya ketabahan yang tinggi
awak perlu punya hati yang keras
awak perlu punya kekuatan yang luar biasa
agar awak bisa terima segala kemungkinan


+ bersabarlah bila awak tersepit, kerana awak perlu yakin pasti ada sebabnya +

2 comments:

♛ copyright ✿ FATIN FARAHIN ✿ tenten ◕‿◕ ♛