nukilan hati

Jan 24, 2012

sahut cabaran~

hari ini aku mengorak langkah
menyahut seruan bertemu mata
tapi dengan alasan tersirat
kumimpikan strategi berjaya
ah! itu memang mimpi
sepertinya apa yang jadi
punya halangan yang tak membenarkan itu berlaku
dan bertentang mata itu tak seperti yang di ingini
tak menjadi di dunia realiti

aku masih mengulit resah
disulami kesakitan sedikit berseni
entah jadi entah tidak apa yang tersulam
aku tak tahu
kerana itu luar dari kuasa aku

plan sebenar bertukar kepada plan kedua
yakni meneruskan perjalanan
berjumpa sahabat sejati
meluangkan masa seketika
even kutahu sehari suntuk pun tak akan habis cerita


terima kasih di sini aku catit
terima kasih ikhlas dari hati
terima kasih sekali lagi
kerana sentiasa ada untuk aku yang sepi

bukan aku tak punya senyum manis harungi dunia
cuma entah kenapa hanya sedih yang mampu
yang mampu menarikan jari ini
mencoret apa yang terluka
aku jadi kaku
aku jadi bisu
aku jadi membatu
bila kata ingin luahkan segala yang gembira
di sini aku pelik
tapi itu aku


akan ku cuba
dalami dan tanam dalam diri ini
tentang apa yang diberi oleh sahabat sejati
ku tahu kau mahu yang terbaik untukku

-------------------------------
semakin jauh aku pergi
semakin cinta itu menjauh
lantas tidak lagi ku mengejar
kerana kau hanya akan bahagia apabila ku berhenti
--------------------------------



2 comments:

  1. insyaALLAH apa yg blaku pasti ada hikmahnya..ok?kita tsenyum..bia aty yg berbicara..:)serahkan semuanya pada takdir..love u fatin ! b strong !

    ReplyDelete
    Replies
    1. ✿ i will ✿
      biar hati yang berbicara, dan disini tempatnya untuk hati berbicara~ hehe

      Delete

♛ copyright ✿ FATIN FARAHIN ✿ tenten ◕‿◕ ♛