nukilan hati

Jan 20, 2012

tolong elakkan itu kembali

hari pertama di kedah untuk cuti sem kali ini
hati berdebar riang
melonjak tinggi tatkala pijak bumi kulim
aku rindu aku sayang aku cinta
tempat ini


di sini cintaku berputik
di sini aku kenal dia yang menculik hati suci
walau ku tahu duka itu akan tiba
sebab
sejak waktu itu
sejak layangan inbox yang kau sampaikan
aku yang penuh teruja
aku yang penuh mengharap
mimpikan kebahagiaan yang kau beri
mimpikan senyuman yang tak henti
setelah berminggu aku berperang dengan hati dingin
aku cuma ingin kembali
BUKAN INI YANG KU PINTA


saat detik tika itu
ku tahu ini berulang lagi
bukan sekali dua
lebih dari jari 
aku tak pernah lelah
tak pernah ingin terima hakikat
kerna ku tahu hati itu pada aku
aku kenal hati itu
aku kenal diri itu
aku tahu aku benar
aku tahu aku mahu itu betul
sebab riak wajahmu tak pernah kata tidak tentang apa yang kita rasa

aku terus mengharap
dan tika matahari baru menunujukkan muka
kau muncul walau bukan kerna aku
tapi itu sudah memadai untuk aku bertentangan mata
kutakmahuterimaitu
ku mahu kau katakan sendiri
kerana itu akan membuatkan aku yakin dan akan cuba untuk melepaskan
kalau hati itu untuk orang lain
kalau jarak menjadi halangan itu adalah mustahil
cuba kau selam cuba kau gali cuba kau FIKIR
sudah berapa lama
kenapa kini itu yang kau pinta
zaman moden!apa itu halangan kita?

kau datang
kau senyum
lenggok jalan yang aku rindu
riak muka yang membuat aku melayang
teguran yang aku mimpikan
itu yang kau beri
aku mencair bak air dalam gelas
tolong jangan berikan duri
jangan tusuk hati ini
kerana pindahnya hati dari jauh datang ke tempat asal
ingin mencari ubat duka
aku tak mahu terima!
aku tak akan terima!
kalau jarak membuat kau terseksa
sebab itu dusta
SEBAB ITU DUSTA

9 comments:

  1. Replies
    1. seri, bila hubungan ada problem... cm ni lah entry ny.. ^^

      Delete
    2. ewaahhh... pandai eh.. ayat nk mengorek.. haha

      Delete
    3. msti la..
      lme gile tak gedik dgn ko

      Delete
    4. haha~ jgn mula mngimbau kisah lama.. teringat blh buat rasa nk mnjerit patah blk, weyh... hehe

      Delete
  2. gila la tin..makin bgus ayt2 hg ni..hee..
    papepun sabaq taw..♥ aku phm..law ada jdoh,xkan ke mana tin..kita tsyum..bia saja aty berbicara ♥ bdoa padaNya♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergghh.. pujian dri pihak atasan~ hehe.. hg yg ajaq aku dlu2 tuh.. tme msej pnjg2 dlu2 tuh.. aku stdy tme tu r.. hehhe
      ~ thx nini!

      Delete
  3. haha..aku pro tang msj pnjg ja..ayt sajak mcm hg ni xpnday lg nak wat weh..heee..WC dior♥

    ReplyDelete

♛ copyright ✿ FATIN FARAHIN ✿ tenten ◕‿◕ ♛