nukilan hati

Mar 13, 2011

andai awak tahu!!

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya 
tetapi 
lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu 
mengalirkan air mata, 
itu bukan bermakna dia lemah, 
tetapi 
dia sedang mencari kekuatan 
untuk terus tabah menyintai lelaki itu..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, 
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya 
tapi percayalah, 
itulah maknanya dia sangat 
mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. 

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, 
mereka jarang bergaduh. 
Tetapi percayalah 
semakin bertambah 
sayang mereka pada seseorang, 
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, 
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, 
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, 
itu bukan bermakna 
dia tidak mahu menerima anda seadanya, 
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, 
bukan untuk dirinya, 
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan 
cemburu dan tidak percayakan anda, 
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi 
dia terlalu sayangkan anda 
dan 
masih mengangap anda anak kecil 
yang masih memerlukan sepenuh perhatian. 

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, 
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
 Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, 
jangan kata dia mengada-ngada. 
Dia bukannya mahu dipujuk dengan 
wang ringgit atau hadiah sedozen, 
tetapi cukup dengan perhatian 
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, 
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai 
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, 
bukan hanya hadir dari kata-kata 
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, 
dia benar-benar maksudkannya. 
Apabila berjauhan, 
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, 
jangan percaya kata-katanya 
kerana dia hanya mahu menguji kamu. 
Dia mahu melihat sejauh mana 
kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. 
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. 

Selagi dia dengan kamu, 
percayalah, 
walaupun perempuan menganggap 
masih ramai lagi yang lebih baik di matanya 
tetapi di hatinya, 
kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, 
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil 
tapi 
dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu 
mampu bersabar dengan kerenahnya. 

Percayalah, 
hati perempuan itu sangat lembut. 
Andai kena caranya, 
jangan terkejut kalau akhirnya 
dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, 
“tolong tinggalkan saya!”, 
dia tidak bermaksud 
menyuruh anda pergi selamanya. 
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. 
Apabila dia kembali tenang, 
percayalah dia akan mencari anda semula. 
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. 

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. 
Dia terlalu emosional. 
Tapi dialah yang paling menyayangi anda 
dan sangat sensitif 
dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan 
lelaki dan perempuan itu 
dengan perbezaan yang tersendiri. 
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, 
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . 

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 
Di sebalik air matanya, 
tersimpan seribu satu kekuatan 
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu 
merasa selamat bersamanya. 
Biarpun zahirnya perempuan itu 
tampak lemah 
tapi dia punya kekuatan tersendiri 
yang bisa menggoncang dunia 
dan mungkin bisa pula membuat lelaki
menjadi lemah kerananya. 

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda 
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja 
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda 
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. 

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, 
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

kredit to...nota kaki di facebook ntah siapa yang punya
mf yawww...terlupa dmana saya menculiknya..ehek

0 comments:

Post a Comment

♛ copyright ✿ FATIN FARAHIN ✿ tenten ◕‿◕ ♛