Perkara yang anda Xperasan atau saja buat2 Xperasaan.......
Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini
menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
[mak, ayah, orang terchenta, teman terbaek, adek beradek]
.: aku menghagak jer..pepandai r pikir yawww ^^ :.
.
.
Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
.: ha,kaw!!15 lagi..ni ta dapat na komen apa-apa, jum kita renung sama-sama :.
.
.
Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
.: aku setuju dengan yang ini :.
.
.
Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
.: aku ta pernah terpikir pun yang ini..hm..cmne eh, boleh buat dia bahagia, tapi dia ta suka kita.. :.
.
.
Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
.: pergh2..ni buat aku senyum-senyum sengsorang nih.haha :.
.
.
Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
.: ini lagi buat aku perasan sendirian.haha :.
.
.
Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
.: fuh..terharu seyhhh :.
.
.
Anda seorang yang istimewa dan unik.
.: mula-mula senyum, tapi bila pikir-pikir balek,
yaiyalakan.memang sume orang pun berbeza-beza[unik] :.
.
.
Ada seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
.: woohh...very curious about this!! :.
.
.
Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
.: setuju!!sebab memang ini yang aku pegang :.
.
.
Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula;
mungkin anda yang meminggirkan mereka.
.: betul jugak kan? jangan menyalahkan orang lain, tengok diri sendiri dulu :.
.
.
Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang
untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,
mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri
lambat-laun anda akan memperolehinya.
.: senyum tanda setuju :.
.
.
Kenangilah segala pujian yang anda terima.
Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
.: ini bagus!! :.
.
.
Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda;
anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
.: dats y, i need[gayut] somebody when bla..bla.. bla.. :.
.
.
Sekiranya anda mempunyai sahabat baik,
ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.
.: sahabat perlu tahu yang dia dihargai :.
==========================================
ketahuilah, lahirnya kita di dunia ini punya makna yang tersendiri
kita tidak dilahirkan untuk sia-sia
jadilah diri sendiri,
sesungguhnya ingin menjadi orang lain membuatkan,
diri kita sendiri terseksa
juga
diri insan keliling rimas
=========================================
0 comments:
Post a Comment