nukilan hati

May 19, 2011

wanita vs rama2

Lihatlah rama2, cantik menceriakan alam.
Pandangan dihiasi rama2, suka dan ceria selubungi diri
Tenang rasanya tatkala melihat ia terbang bebas sana sini
Seindah mana pun rama2 itu, pasti ada kurangnya


Mahu tawu??
Cuba tangkap dan pegang  sayap rama2 tu
Something berlaku?tidak? Ahhaa!!!
Lihat apa yang melekat pada jari tu
Warna dan corak rama2 tu kan??
Then..lepas balik..
Rama2 tu terbang, tapi lebih terbuai oleh angin
Pasni, sesiapa yang tangkap balek that rama2 tak akan tertarik padanya lagi
Harganya da tader untuk dikagumi, disimpan mahupun diawetkan

Rama2 ibarat wanita


Indah dipegang tapi nilai cepat turun
Bila ada tangan2 yang ta wajar hinggap pada tubuh
Memang fizikalnya ta kurang, tapi harga diri juga maruah tercemar sudah
Wanita bagaikan rama2 yang terbang membawa corak2 indah
Tapi, bila corak mula pudar, diri tidak dipedulikan lagi

Harga rama2 terletak pada warna dan corak,
Harga wanita terletak pada tubuhnya yang maseh tulen tatkala didampingi suami


Rama2 terpaksa berjuang untuk mulakan hidupnya
Terpaksa bebaskan diri dari kepompong
Bukan mudah keluar dari kepompong yang mengikat tu,
Sedangkan ta siapa peduli, malah lebih dibenci tatkala bergelar ulat
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama2
Melalui kitaran dan evolusi bentuk yang sukar
Dari sesuatu yang menjijikkan, menjadi sesuatu yang begitu menyenangkan
Rama2 contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka


Sewaktu dipuja, usah terlalu mabuk
Sebaliknya
Kenangkan hidup lalu yang serba susah
Kenangkan hidup lalu yang kurang bebas
Kenangkan hidup lalu yang punya seksa sendiri
Sewaktu digoda, dihambat, dirayu
Usah terlalu mudah menyerah(!)
Ingatlah pada mereka yang bersusah payah
Yang bangkitkan diri jadikan manusia sempurna hari ini
Anda lambang pengorbanan ibu bapa

Usah jadi rama2 di dalam bingkai gambar,
Indah dipandang, tapi tanggung beban sendiri
Hiduplah dengan bebas
Terjemahkan kebebasan itu
Kepada nilai2 murni yang perlu dipertahankan
Pelihara kehormatan itu
Hilanglah masa depan tatkala hilangnya maruah dan kehormatan diri
Kalaulah rama2 tahu
dia  cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia
Tentu ta mudah dia terbang bebas
Sebab, sentiasa terdedah dengan bahaya setiap kali kibarkan sayap
Namun, rama2 ta pernah tahu
Jika wanita tatahu tentang kewanitaannya punya sasaran terpenting sang penceroboh,
Dia ibarat rama2 ta sedar diintai bahaya

Mahalkan harga diri
Semakin sukar dimiliki, semakin mahal nilai di sisi lelaki
Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki
Tapi ta mahu setia apalagi pelihara juga melindungi
Usah terperangkap pada tangan yang hanya leraikan warna
Hilangnya warna2, diri diabaikan
Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri,
Ini membuatkan diri lebih dihormati

Nilai diri tidak terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki diri
Tapi berapa ramai lelaki yang benar2 sanggup menyintai anda
Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas


Jadilah rama2 mengindahkan alam
Jadilah wanita banggakan semua orang

0 comments:

Post a Comment

♛ copyright ✿ FATIN FARAHIN ✿ tenten ◕‿◕ ♛