nukilan hati

May 18, 2011

cinta ibarat menunggu bas

Hey awak2 sume..
Bosan-bosan lepak kat umah nih,
dari goyang2 kaki je, tenten decide na exercise cket

So!! Tenten pn jalan2 laaa
' blogwalking '
Fuhhh…ta kira masa..
pagi buleh, petang buleh, malam pn tader hal..

Ha!! Then, tenten terbaca article nih..

==========================================

Cinta punya persamaan dengan situasi menunggu bas
Jum kita selak!!!



Situasi A

Bila bas A datang, awak nengok bas tu
dan awak kata pada diri awak,
Eee penuhnya tak de tempat duduk.
Jadik, awak katakan pada diri awak,
Saya akan tunggu bas yg lain.
Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.




Situasi B
 
Datang pulak bas yg kedua [bas B].
Awak nengok bas tu dan awak akan cakap,
Eee bas ni buruk sgt mesti tak selesa.
Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.
Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu
dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.




Situasi C

datang lagi sebuah bas [bas C].
Bas yg datang tu kosong,
tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi
tapi kali ni awak kata,
Emm, tak de air-cond, cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.
Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu
dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.





Situasi D
Tiba-tiba awan mula gelap,
cuaca semakin mendung dan
baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya.
Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu,
walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.
Dan kemudian barulah awak sedar bahawa
awak dah naik bas yg salah.




Kesimpulan situasi2 berikut!!

Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.
Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber-aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, (terutamanya golongan perempuan lelaki pun samalah) mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati bas itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi, saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni.

Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!
Apa tindakan awak?

Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. 

sesungguhnya,
Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!




Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri awak. 


0 comments:

Post a Comment

♛ copyright ✿ FATIN FARAHIN ✿ tenten ◕‿◕ ♛